Skip to main content

Posts

Featured

Sungai Besi : Tempat Yang Jatuh Lagi di Kenang

 Ada tempat yang kita tinggalkan kerana hidup membawa kita ke tempat lain. Tetapi ada tempat yang, walaupun sudah bertahun-tahun kita tinggalkan, namanya masih boleh membawa kita kembali kepada satu versi diri yang pernah kita kenal. Bagi aku, tempat itu ialah Sungai Besi . Tahun 2002, umur aku baru lapan tahun ketika aku mula menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pada usia itu, aku belum tahu apa-apa tentang kenangan. Aku cuma tahu aku berpindah rumah, mula sekolah di tempat baru dan perlahan-lahan mengenali dunia kecil yang akan menjadi sebahagian besar daripada zaman kanak-kanak aku. Aku bersekolah di SK Bandar Tasik Selatan , kemudian menyambung persekolahan di SMK Bandar Tasik Selatan . Dan tanpa aku sedar, tahun demi tahun berlalu. Daripada budak lapan tahun, aku membesar di situ sehingga umur 27 tahun. Hampir dua dekad hidup aku berlaku di kawasan yang sama. Kalau difikirkan semula, terlalu banyak versi diri aku yang pernah tinggal di Sungai Besi. Ada aku yang masih ...

Latest posts

Sabah dan Kenangan Yang Tidak Pernah Selesai

Suami Isteri: Kita Bukan Selalu Akan Memahami

Dengki Yang Disembunyikan

Dulu Kita Berkongsi Cerita, Sekarang Kita Berkongsi Kenangan

Kenapa Aku Minat Aisyah & Partnership Aisyam?

RAGAM MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bila Kita Jadi Fan, Apa Sebenarnya Yang Kita Cari?

Rezeki dari Allah - A season I was never ready for, but will always be grateful for

Hijrah Yang Tidak Dilihat

Aku Okey